Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<br /><br />Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembubaran DUN dilakukan selepas beliau menerima warkah pengisytiharan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan untuk membubuarkan DUN berkuatkuasa hari ini.
